Tuesday, September 21, 2010

Aku ingin menulis lagi hari ini.... Nak coretkan apa? Tak ada tajuk kali ini cuma nak merapu meraban je.....ishhhh..... Bila duduk sorang-sorang, badan pula lemah longlai dah habis tenaga disebabkan demam dan apabila batuk.... aduyaiii... macam nak keluar usus.... nasib 'macam' , kalau betul-betul..... nauzubillah..

Jumaat lepas, aku sampai di rumah lebih kurang jam 6 petang. Ingatkan nak terkejutkan dua puteriku bila tiba-tiba aku sampai dari kampung... Dari Seremban lagi anak-anak bertanya bila aku akan pulang? Selamba je aku jawab.... "tak tau lagi, tiket dah habis...." Sebaliknya aku yang terkejut bila lihat sikakak terbaring di ruang tamu kerana demam. Namun ditepi dinding, tersusun pakaian yang telah dilipat. Siap diasing-asingkan lagi pakaian -pakaian tersebut... Adik nya pula dah siap buat se teko teh buat ayahnya yang akan pulang dari kerja.... Wah, bolih harap juga mereka ni masa aku tiada dirumah... Yang buat aku terharu bila mereka tidak pun beritahu aku akan keadaan kesihatan mereka. Padahal siadik baru saja sembuh dari demam.... Suami ku pula ambil alih memicit kepala sibongsu... Mungkin mereka tidak mahu buat aku resah bila duduk dikampung menemani ibu ku yang masa itu berada dihospital.... Kau semakin dewasa anak-anak ku....

Namun cuti tiga orang anak kami kali ini mungkin cuti yang paling tak megembirakan mereka.. Angah balik ke Sintok, semasa aku tiada di rumah... sori angah, ibu tak dapat buat bekal untuk angah kali ini.. Dua anak gadis ku pulang ketempat masing-masing pun tanpa bekalan yang aku buat sendiri... Insyaallah lain kali kalau ibu sihat masa korang bercuti, ibu akan buat semua yang kamu inginkan...

Along pula dah balik kat Darul Bayan tengahari tadi..... Bila along pulang nanti, mungkin untuk seketika bersama kami.... lepas itu akan tinggal kan kami buat jangka masa yang lama... Pergilah anakku, moga kau di tetapkan hati dan sentiasa berada di jalan yang benar demi memperjuangkan Agama kita yang suci ini.... Walau berada di negara orang, ingat lah kita tetap berada di bawah langit yang sama.... Terima kasih buat dermawan dan ustaz-ustaz Podok yang merielisasikan impian along..... Alhamdulillah.

Malam kian larut.... berhenti dahulu sebelum melalut...

Friday, September 10, 2010

Salam Lebaran

Buat semua yang dikasihi
Ampun dan maaf dipinta andai ada salah dan silap
Semoga Allah menerima ibadah kita semua
dan semoga kita dapat bertemu lagi di Ramadhan dan Syawal akan datang
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H

Thursday, September 2, 2010

Doa..

Seusai solat subuh tak tau nak buat apa. Kain yang telah dua hari tak berbasuh, dah diarahkan 'orang gaji jepun' mencucinya. Nak kemas rumah,malas pula, 'apa yg nk dikemas' ......kemas pun cam tu juga...tak kemas...kemas.. Kalau dah tinggal berdua saja, rumah pun dah hilang 'seri' nya... Aduh! korang cepatlah balik. Nak sambung tidur, takut tidak terbangun pula nanti. Kucapai buku dirak buku.. (Saat aku teringat kan gemulah ayah, disaat senggang inilah yang aku buat.... ).

Buku tulisan Dr Hamka bertajuk , DOA - DOA RASULULLAH -1970. Ingin aku berkongsi sedikit apa yang tertulis di dalam nya.
Didalam beribadat kepada Allah SWT, Doa adalah satu amalan yang penting sekali. Lantaran pentingnya doa,didalam Al Quran sendiri terdapat doa-doa dari Nabi-nabi dan Rasul-Rasul Allah. Doa Nabi Adam, Doa Nabi Nuh, Doa Nabi Ibrahim, Doa Nabi Yunus dan Doa dari Nabi-nabi yang lain.

Sabda Rasulullah betapa pentingnya doa :
bermaksud:
"Doa itu adalah ibadat" Itulah sabda Rasulullah. Lalu baginda baca firman Allah ( Surah Al- Mukmin Surat ke 40; ayat60) " Dan berfirman Tuhan kamu ; Serulah Aku (berdoa lah kepadaku), niscaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang yang merasa sombong dari beribadat kepadaKu,akan masuklah mereka kedalam neraka jahanam dalam keadaan yang hina". (hadis diriwayatkan olih Ibnu Hibban. Dan diriwayatkan juga oleh At Turmuzy dan perawi-perawi hadis yang lain, diterma dari sahabat Rasulullah SAW, Nukman bin Bashir r.a )

Didalam hadis ini dinyatakan bahawasanya doa itu sendiri sudah bolih dikatakan ibadat,atau termasuk ibadat, atau semulia-mulia ibadat. kerana apabila kita telah berdoa,bererti kita telah mengakui kerendahan dan kehinaan diri kita dihadapan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia tempat kita memohon.

" Doa itu adalah otak dari ibadat" ( Hadis ini diriwayatkan olih Ibnu Hibban dan At Turmuzy)

Ingin ku petik lagi antara isi kandungan buku ini... Berkata Nabi SAW : " Tidaklah yang menolak ketentuan Allah kecuali doa; Dan tidaklah yang menambah umur, kecuali membuat kebajikan,dan seorang lelaki akan diharamkan bagi nya rezeki kerana dosa yang dibuat nya."

Akhir sekali ingin kupetik lagi.... Khas buat yang sudi membaca...

DOA BERTAWAKAL:

"Ya Tuhan ku yang hidup, ya Tuhan ku yang berdiri sendiri Nya, ya Tuhan ku pencipta langit dan bumi, ya Tuhan ku yang empunya Ketinggian dan Kemuliaan; Tidak ada Tuhan melainkan Engkau, dengan Rahmat Engkau aku memohon dihujani, perbaikilah keadaan-keadan ku semuanya, dan janganlah Engkau serahkan daku kepada diriku sendiri,dan jangan pula kepada seseorangpun daripada makhluk Engkau" (Hadis ini adalah drpd hadis sahih)

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada siksaan azab kubur. Tiada Tuhan melainkan Engkau.