Wednesday, March 30, 2011

Sunday, March 27, 2011

Ingatan rindu ini...Ayah.

Hari ini ingin menulis lagi. Memang hari ini redup ,suram, bungkam.... jika suasana begini berulang lagi dalam meniti hari... wajah ayah akan segera menerjah dalam ingatan . Ayah...lelaki pertama yang mengajar saya tentang hidup. Melayan kerenah ~ ,menyuapkan makanan , meraut pensil ... meletak kan saya dibelakang basikal nya keliling kampung. Lelaki pertama yang mengajar saya menulis dan membaca... membilang dengan biji getah dan lidi yang diraut... mengenal jawi dan rumi... Ayah...

Apabila menganjak dewasa dan bejauhan dari keluarga... hampir setiap minggu kotak surat di 'D10' pasti terselit sekurang-kurang nya sepucuk surat dari ayah. Macam-macam ayah tulis...nasihat , kisah kampung, kesihatan emak dan kisah adik beradik... Ayah tidak pernah jemu-jemu... kadang-kadang ayah akan mengirim sambal bilis kacang...hinggakan asam boi pun ayah poskan juga.. Ayah...

Sehinggakan dengan siapa saya 'berkawan' pun...ayah lah orang pertama yang tahu.. Saat 'seruan' nak berumahtangga dengan ayah lah saya khabarkan... Ayah sangat mengerti apa yang saya rasakan. Tika saya termenung, menangis, resah atau keliru. Ayah...walau kau telah pergi terlebih dahulu dari anak mu ini, namun nama ayah tetap kan saya bawa hingga akhir hayat ~.. Kenangan yang paling tidak dapat saya lupakan ialah tika ayah bersama menyambut kelahiran anak sulung kami , di rumah ayah di kampung... Ketika ayah mengalunkan azan ditelinga cahaya mata kami... itulah hadiah yang tidak ada tolok banding nya... (masa tu, suami berada di Pangkalan TLDM... dan sayatelah bercuti awal...)

Sehingga sekarang jasa ayah tidak mampu saya balas... setiap masa yang terluang ayah lah sering dalam ingatan saya ... Selain doa yang ku panjatkan lewat solat .... buku-buku peninggalan ayah yang dihadiahkan menambahkan igatan saya terhadap ayah... hari ini ingin ku kongsi sebuah puisi tulisan tokoh kegemaran ayah..

PENUNTUN JIWA

Bangun lah tengah malam.
hai orang-orang yang merasa berdosa
Bukalah jendela dari rumah mu
diwaktu alam hening dan diam
sementara makhluk tenggelam dan tidur.
Engkau akan dapat berkata-kata
dan bersahut-sahutan mulut dengan Tuhan mu..

Jiwa mu akan mendengar seruan Nya
meskipun telingamu akan tetap pekak
hati mu akan melihat tangan nya melambai
miskipun mata mu tidak memandang
serulah dia dengan merendah kan diri.

Badan mu diikat olih dunia mu
olih nafsu dan angkara murka
kamu tak akan lepas dari ikatahn itu,
kalau tidak dia yang melepaskan!
Suruhlah dia dengan hati rendah
dan kelemahan diri
Sudah berapa,ya, sudah berapa yang karam'
yang tenggelam yang ditolongnya.

Ia telah turunkan nikmat kepada segenap alam
nikmat yang tidak dihitung
tapi selama ini kamu sentiasa lengah
dalam kelalaian
walaupun lautan bersalin rupa menjadi tinta
Dan kayu-kayu dirimba bertukar menjadi kalam
semuanya takan dapat melukiskan kebesaran
Kerajaan Allah
tetapi kamu telah lalai,kamu tidak pedulikan itu.

Lihatlah bintang-bintang
dengan cahayanya yang berkelip-kelip
Dari Timur kelihatan bulan sabit
laksana menunggu giliran
Mereka seakan-akan tersenyum melihat keadaan alam
Didalam kenyataan senyuman mereka
hendaklah kamu karam dalam tangismu
Oh, sahabat, oh handai,
mohonkan lah ampunan dan taubat dati Tuhan mu!!

Rasai angin malam yang sepoi-sepoi basah
Dengarkan lah bunyi jangkerik
ditepi dinding rumah mu
Keheningan malam dipecah olih
suara katak di sawah
ikut sertalah dengan mereka.
ucapkan doa kepada Tuhan dan pujian!
Ia melihat... Dan Iapun Maha Tahu!!

Lihat kayu-kayuan dengan bayangannya yang hitam
Ia berdiri dengan teguhnya laksana orang ronda malam
Ia berdiri bertahun-tahun
bermusim-musim menunggu titah
Tapi kamu berrganjak dari satu tempat ketempat yang lain
dengan sombong dan angkuh mu
Tadahkan lah tangan mu, Sesalilah kelalaian mu!!

Lihat dan perhatikan lah..matahari telah terbit
Fajar telah menyingsing dari sebelah Timur
Dari puncak menara yang jauh
Ia menyeru kamu kepada pendamaian

Ia menyuruh kamu menghadapkan muka
Kepada Allah
Bersegeralah sembahyang
dan tuntutlah kemenangan.

LA ILAHA ILLAL LAH...

Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah...1936.

Friday, March 25, 2011

Siapa berketak.....dia bertelur!!!

Hari ini cuaca memang redup... tiada apa nak buat kat rumah . Angah masih tidak bergerak-gerak lagi.. habis semua bilik 'di kunjungi' nya... Kasihan, kebelakangan ini sakit kepala nya selalu menyerang.. Kalau minyak angin dah berbotol-botol habis dah.. Ke hospital atau ke kelinik dah jenuh ~ suruh pergi.. tidak dihiraukan nya. Dengan siapa ~ nak berborak pun tak tahu ni... semua orang sibuk.... Along baru balik dari Yaman selasa lalu, dah pergi ke Pondok kelmarin... bila lah agaknya nak pulang kerumah agak nya tu...

Apa lagi.. duduk dihadapan PC antik kesayangan ~ ini... line da la tak berapa oke...tetapi, oke juga lah dari tiada terus.... Dari satu halaman ke satu halaman ~ lewati... hilang dah cerita tsunami atau pergolakan di negara-negara Islam... kalau ada pun , tidak lah macam selalu..

Dua atau tiga hari ini bila ~ baca belog-belog yang sering ~ kunjungi... yang mampu ~ lakukan ialah.... ketawa dan paling lekeh, ~ tersenyum sorang-sorang.... teringat masa ~ kecil-kecil dahulu... Kisah bila duduk berkumpul adik beradik, jika salah seorang ada yg terkentut perlahan.... bau nya, Fuuuh!!! memang terangkat... Maka kami akan pandang memandang.. Bila ada salah seorang diantara kami bersuara, " Hoi! sapa yang melepas gas ni...". Ayah akan segera menjawab, " siapa yang berketak tu...dia lah yang bertelor...."

Bila kisah ini ~ aku ceritakan dengan anak ~..... mula-mula mereka tidak faham.... Tetapi bila ~ terangkan dengan contoh sekali... baru lah mereka jawab," Ooooo...."

Oh ya!!! Anda faham tak ni... Begini, kalau ayam betina dah bertelor (sebiji jer, bukan banyak pun) dia pun berketak-ketak...memekak-mekak... pas tu misti nyer ada pula seekor bapak ayam berkokok-kokok.... memekak-mekak lagi... untuk pengumuman bahawa bini dia dah bertelur ..sebiji.
Jadi... apa sangkut paut nyer ayam bertelur dengan belog-belog yang ~baca? Hahaha... sama jer, Yang mula bersuara tu lah yang punya tembelang... Jangan nak tuduh-tuduh orang lain.... jangan
nak konar-konar kelain lak... Tangan mana yang mencincang... suruh bahu tersebut yang pikul sendiri... bukan nyer bebudak lagi...Grrrr.

Wednesday, March 23, 2011

Misi Yang Belum Berakhir...

Assalamualaikum

Sudah agak lama tidak menulis. Miski setiap hari jika ada masa terluang,~ akan duduk dikerusi ini mengadap PC kesayangan ~ ini. Menatap berita demi berita ...pantang ada cerita tentang negara Yaman, akan ~baca. Perkataan 'Yaman' membuatkan ~ menjadi tidak keruan. Lebih-lebih lagi dua minggu kebelakangan ini. Bila ~ baca di halaman rasmi Persatuan PERMAYA ada menyatakan diantara isi dalam memorandum nya ' Mendesak tindakan segera berhubung isu keselamatan pelajar Yaman', kocakan dada ini menjadi menjadi gelombang!!!.

Dua minggu terakhir ini masa ~ duduk dikerusi ini melebihi masa ~ ditempat lain..huhuhu. Apa tidak nya, masa kedapur pun bolih duduk sekejap dikerusi ini tengok-tengok jika ada perkhabaran terbaru dari bumi Yaman.... tidak kira lah blog,berita dari akhbar, Laman sosial ... semua ~ layari. Syukur lah ... nasi tidak mentah dan ikan goreng ku tidak hangus...

Ada kala nya buka FB semata-mata tengok kalau-kalau along ada 'on line' ke tidak... Sudah cukup melegakan jika ada nama dia di sudut bawah sebelah kanan PC buruk ini... nama dia.. Kadang-kadang ~ sapa atau bertanya khabar, selalu juga ~ biarkan dia buat kerja dia sendiri.. maklumlah bukan senang mereka untuk keluar ke cc dengan masa yang terhad dan berbayar pula tu... Dapat tahu along dan sahabat-sahabat nya sihat, sudah dapat melegakan ~ buat beberapa ketika...

Kegelisahan terhenti bila along memberitahu pihak kedutaan menghubungi bahawa dia dan dua lagi kawan rumah dia akan pulang pada 20 mac .... msg ~ baca berkali-kali.. Betul, betul,betul ....20.3.2011.. sampai di tanah air pada 21 mac. Alhamdulillah resah ~ telah reda sekarang. Terima kasih buat keluarga dan kawan-kawan yang sering bertanyakan khabar dan semangat serta doa buat along...

Along sudah ada bersama kami,namun ~ tahu , hanya tubuh nya sahaja bersama kami... ingatan dan semangat dia untuk meneruskan perjuangan dia di bumi Yaman masih membara... Sabarlah...Tiada kata untuk ibu berikan pada kau untuk meringankan resah kau. Sekadar pantun ciplak ini.... "Kalau ada sumur diladang, bolih kita menumpang mandi, kalau ada rezeki mendatang, bolih kau sambung lagi....."

Wednesday, March 16, 2011

MEMORANDUM; MENDESAK TINDAKAN SEGERA BERHUBUNG ISU KESELAMATAN PELAJAR MALAYSIA DI YAMAN

MEMORANDUM

MENDESAK TINDAKAN SEGERA BERHUBUNG
ISU KESELAMATAN PELAJAR MALAYSIA DI YAMAN

13 MAC 2011

Kepada:

TUAN YANG TERUTAMA HJ ABDUL SAMAD BIN OTHMAN


KESELAMATAN RAKYAT MALAYSIA

PENDAHULUAN

Kebangkitan masyarakat arab di Negara-negara timur tengah khususnya di Tunisia dan Mesir telah banyak memberi kesan terhadap keadaan politik semasa Negara-negara arab sekitarnya. Kejatuhan rejim-rejim yang kejam dan diktator membuktikan suara rakyat merupakan suara majoriti dan berkuasa menjangkaui undang-undang ciptaan manusia. Sepanjang proses itu, rusuhan besar-besaran dilakukan untuk menunjukkan ketidakpuashatian setelah proses undang-undang tidak lagi dipercayai mereka. Keselamatan tidak lagi menjadi keutamaan demi mendapatkan sokongan untuk menjatuhkan sesebuah rejim. Sekarang, sedang berlaku di yaman. Kejatuhan rejim-rejim di Tunisia dan mesir di samping pergolakan politik dalaman Yaman, telah membuakkan lagi semangat rakyat yaman untuk keluar merusuh sejak sebulan yang lalu. Rusuhan tersebut semakin melebar dan memburuk setelah campur tangan perkumpulan yang bersenjata api. Akibat daripada itu, rusuhan telah meliputi kawasan utama Bandar Sana’a. Adapun terdapat rumah-rumah pelajar Malaysia yang terletak di kawasan terbabit. Sehubungan dengan itu, kami menuntut supaya pihak kerajaan dan kedutaan Malaysia agar isu-isu ini diambil perhatian dan diselesaikan


1. KESELAMATAN KIAN MERUNCING

Kawasan Daari telah menjadi kawasan utama perkampungan perusuh kerajaan Yaman. Para perusuh mendirikan khemah-khemah di sepanjang jalan Daari bermula dari hadapan universiti Sana’a sehingga ke kawasan Jamiah Qadimah sekarang. Pertambahan jumlah perusuh semakin meningkat dari hari ke hari.



Kejadian pergaduhan dan tembak-menembak juga berlaku sejak kebelakangan ini malah semakin bertambah. Dijangkakan bahawa kejadian ini akan berterusan sehingga jatuhnya kerajaan di bawah kepimpinan Presiden Yaman sekarang, Ali Abdullah Saleh sepertimana ikrar-ikrar ketua qabilah mereka. Keadaan ini secara tidak langsung, menyebabkan tahap keselamatan semakin merosot oleh kerana pergaduhan yang tercetus di kalangan rakyat Yaman. Sememangnya, situasi sebegini akan membahayakan pelajar-pelajar Malaysia yang mahu membuat urusan seharian mereka.

Selain itu, terdapat segelintir pelajar Malaysia telah ditemuramah bervideo oleh perkumpulan yang tidak dikenali sambil diugut dengan senjata agar segala percakapan mengikut kehendak penemuramah tersebut.

Oleh itu, kami menggesa pihak kedutaan cakna dengan isu dan kebajikan rakyat serta pelajar Malaysia di Yaman.

2. PEPERANGAN MUNGKIN BERLAKU

Yaman merupakan Negara yang mengamalkan kebebasan bersenjata di kalangan rakyatnya. Senjata boleh dibeli dengan mudah di kedai-kedai runcit di sebahagian kawasan. Tambahan pula, sistem puak dan qabilah menyukarkan lagi kawalan politik semasa. Sistem pentadbiran sebegini, adalah lebih berkuasa daripada kerajaan yang ada sekarang di Yaman. Sehinggakan terdapat qabilah yang mempunyai kekuatan ketenteraan yang menandingi kerajaan dari segi peralatan.

Di samping itu, percakaran di antara puak dan qabilah ini tidak boleh lagi dielakkan lagi kerana kejadian tembak-menembak serta kematian telah pun melibatkan ahli keluarga mereka. Penuntutbelaan akan menyebabkan pergaduhan akan lebih parah.

Pada saat ini, usaha perusuh dari kalangan qabilah-qabilah menguasai kawasan-kawasan utama Bandar kian melebar. Bilangan perusuh pula semakin meningkat begitu juga dengan khemah-khemah.

Justeru kami sebagai wakil pelajar dan mahasiswa Malaysia di Yaman mendesak kerajaan dan pihak berwajib agar mengambil langkah awal sebelum keadaan lebih teruk berlaku.

3. PENGAJIAN TERTANGGUH

Ketika ini, universiti dan pusat pengajian kebanyakkannya telah ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahu. Oleh itu, pengajian secara automatiknya tertangguh. Ini akan menyusahkan lagi pelajar-pelajar Malaysia di sini sedangkan semester hanya berbaki dua bulan lagi.

Di samping itu, kebanyakan pelajar di sini tidak mempunyai sumber kewangan yang besar. Mereka kebanyakannya ditaja sendiri oleh ibu bapa dan zakat negeri. Penangguhan pengajian telah menyebabkan belanjawan tidak lagi mengikut perjalanan sebenar kerana terpaksa dihabiskan ke perkara-perkara yang lain disebabkan tiada pengajian.

4. KEMUDAHAN HOSPITAL

Hospital-hospital telah dibanjiri rakyat-rakyat yaman yang tercedera akibat rusuhan yang berlaku. Kekurangan tenaga kedoktoran pula telah menyebabkan kesukaran bagi pesakit luar untuk dapatkan rawatan kerana tumpuan lebih di bilik kecemasan.

Disebabkan kejadian ini, kebimbangan tidak boleh lagi dibuang khususnya kepada rakyat Malaysia yang sakit dan mahu melahirkan anak. Perkhidmatan perubatan tidak lagi elok seperti dahulu kerana petugas-petugas hospital keletihan di samping doktornya.

5. URUSAN YANG BERTAMBAH RUMIT

Pelajar menyiapkan visa mereka dengan perantaraan orang tengah institusi-institusi pengajian. Namun, urusan tersebut menjadi rumit ekoran penutupan institusi-institusi pengajian. Maka saranan pihak kedutaan supaya pelajar pulang sendiri dengan pengangkutan awam tidak lagi releven.

Selain itu, urusan pengeluaran dan tukaran wang menjadi semakin sukar kebelangan ini. Mesin-mesin ATM telah dihadkan pengeluaran Dolar Amerika di samping Riyal Yaman yang kecil nilainya. Pertukaran wang asing ke dolar amerika juga sukar dibuat kerana tidak diterima. Ini lebih menyusahkan urusan pembayaran yuran, tiket, visa dan sebagainya kerana kebanyakan urusan menggunakan matawang dolar amerika.

PENUTUP

Rakyat Malaysia perlu diselamatkan oleh pihak kerajaan kerana rakyat merupakan aset Negara. Keselamatan rakyat seharusnya tidak boleh digadaikan yang mana ianya akan melambangkan wajah kerajaan terhadap rakyatnya selaku kerajaan yang bertanggungjawab dan mengutamakan rakyat.

Justeru, rakyat, pelajar, dan mahasiswa di Yaman menggesa agar memorandum ini dapat diambil perhatian oleh pihak kerajaan dan kedutaan Malaysia yang diyakini mencintai rakyat dan meletakkan urusan rakyat sebagai keutamaan.

Sumber:PERMAYA

Wednesday, March 2, 2011

LEMPENG NASI SEJUK, SEJAMBAK KENANGAN.....

Selamat pagi... Pagi lagi dah rasa mengantuk. Kalau turut kan hati memang nak cari bantal jer ni.
Ikan dah dikeluarkan dari peti sejuk, tak tau nak masak apa hari ini.. Malam tadi memang susah sangat mata ini untuk dipejamkan. Teringatkan anak-anak yang jauh dari mata.Along, kakak, adik.... kamu sentiasa di hati ibu. Angah pagi kelmarin tiba-tiba tercegat diserambi..." Ibu, orang da balik...." Wah...!!! balik juo kau jang, balik merantau...... ada lah teman nak bergaduh sekarang ni...hehehe..

Pagi tadi tak tau apa nak buat sarapan... Selepas subuh, perut berbunyi pula... Sealalunya bersarapan lambat dalam jam sembilan... Ada nasi dan tepung... nk buat apa? Nak buat nasi goreng... ada sedikit jer nasi, nak gunakan tepung...ada sedikit juga... Lantas saat itu teringatkan bonda dikampung... Pernah makan lempeng nasi? Aha... angah kalau dapat lempeng... dia x kan nampak makanan lain.. Nak kongsi bagaimana nak buat nya?

2 cawan nasi, dikisar dengan 1 cawan air.
1 cawan tepung gandum.
sedikit garam
1 senduk susu tepung (Jika perlu)

Semua adunan di gaulkan rata .. kepekatan ada lah mengikut citarasa sendiri...( bolih tambah air)
setelah puas hati... biarkan sebentar...sambil tu bolih lah kemas-kemas mana yg patut... Masaklah seperti buat lempeng biasa... Tadi kami cicah dengan kari ikan dan sambal tempoyak bilis..... Bila lihat angah makan.... dah rasa sangat terharu... sekadar lempeng nasi .

Bila dah teringatkan bonda, ayahanda tercinta juga bermain di dalam ingatan.... Allahyarham ayah memang sangat suka lempeng tersebut.. Bukan kerana tidak cukup beras atau tepung, tetapi lempeng tersebut sangat lembut dan menyenyangkan.... jika dibancuh sedikit pekat, masa mengoreng nya letak minyak satu sudu... Lempeng akan jadi garing tetapi lembut... Walau bagaimanapun yang bonda buat, tiada tolok banding nya...!!!

Kelmarin.1mac 2011... genap lah lima tahun kembalinya ayahanda kerahmatullah... Ayah, semoga ayah telah ditempatkan dikalangan umat Nya yang terpilih.. Doa akami sentiasa mengiringi Ayahanda....