Tuesday, December 31, 2013

AKU ..semalam dan esok ..




 

Ya Allah, tuntun lah aku
kawal tutur kata dan pegangan
jauhkan aku dari
hamba-hamba Mu yang munafik !!!



Ya Allah,
Hindarkan aku dari
orang yang bercakap lunak tentang agama Mu
tetapi tetap bangga dengan dosa yang mereka lakukan!!!
jauhkan aku Ya Rabb..dari kejahatan diri ku
dan kejahatan orang-orang disekeliling ku
juga dari mereka yang bermuka-muka
pepat diluar tetapi rencong didalam !!! 



Ya Allah, sesungguhnya
aku berlindung kepada Mu
dari tipudaya syaitan dan insan-insan pendusta
berikan aku kebajikan dan keselamatan 
(dalam agama,dunia dan keluarga )

Ya Allah Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan nyata
selamatkan lah aku dari penyakit dan maksiat
atau sesuatu yang tidak aku inginkan...
jauhkan aku juga Ya Allah dari kekufuran dan kefakiran.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Aku tidak ingin lupa kan semalam ... juga tidak sabar menanti esok..!!! 












Tuesday, December 10, 2013

hujan dan kenangan itu...

Hujan turun lagi , dari dinihari hingga sekarang belum ada tanda akan berhenti. Sejuk nya bukan kepalang. Pagi ini tiada kedengaran bunyi deru ombak yang kuat dimusim tengkujuh. mungkin kerana  bunyi hujan yang mencurah menimpa bumi.....

Tidak tahu nak buat apa pagi ini,. nak buat sarapan , awal lagi . Nampak semua orang tarik selimut semula .... kesejukan mungkin . Saya kalau dah mula tarik selimut... memang tidak jadi kerja lah agak nya nanti.. Maka, duduk dihadapan komputer... belek apa yang patut. Lihat gambar-gambar mangsa banjir... banjir sana sini... paras air sungai semakin meningkat... Mudah-mudahan dugaan yang Allah turunkan di musim tengkujuh kali ini dapat menginsafkan kita... banyak yang tersirat disebalik yang telah menjadi suratan dengan turun nya hujan tanpa henti ini...




( dalam keadaan apa pun ... tiang agama wajib didrikan )   







Tidak dapat saya bayangkan jika saya berada didalam situasi diatas. Mudah-mudahan mangsa-mangsa banjir dan mereka yang terlibat dalam kerja-kerja untuk menyelamat dan menghulurkan apa sahaja bantuan , berjalan dengan lancar dan semoga Allah lindungi anda semua. 

Dan disini juga ingin saya kongsi tentang perasaan.... Dari malam sabtu lagi saya tunggu jika ada kawan-kawan saya kongsikan cerita atau gambar-gambar tentang hari bersejarah ... Mereka berkumpul setelah sekian lama terpisah.. Ada yang terpisah setelah latihan asas rekrut tamat dan ada juga setelah mereka bersara atau berhenti dari perkidmatan  TLDM....

Air mata belinang bila lihat sahabat berkumpul dan bergambar. Terbayang kenangan lama. Kisah semasa kita mula memijakkan kaki di KD PELANDOK... suka dan duka silih berganti... Saya lihat gambar sahabat-sahabat saya satu persatu... hanya beberapa orang sahaja yg saya kenal itupun kami jumpa semasa majlis perkahwinan anak sahabat kami di Batu Pahat.. Yang Laskarnita masih saya kenali lagi wajah-wajah mereka... Alhamdulillah. 

Namun walau saya tidak ingat nama mereka, saya pasti dan yakin mereka adalah diantara insan-insan yang patut saya kenang kerana mereka adalah sebahagian dari MEMORI HIDUP SAYA...  Saya doakan mereka semua sentiasa berbahagia di samping keluarga tersayang , sihat sejahtera dan sentiasa didalam petunjuk Allah.



       

( 2 keping gambar ini saya ambil dari FB sahabat... tk  )


                     


Mudah-mudahan dilain kesempatan Allah takdirkan saya dapat bersama-sama kalian.



                                                                                                       

Tuesday, November 12, 2013

Luka....

Assalamualaikum

Bertukar... kali ini warna merah... 

gambar yang lama simpan dahulu... lain kali tampal semula. :)

Tertarik dengan kata-kata dari  Ibn Al Qayyim Al - Jauziah rahimahullah. 
  "dosa-dosa adalah  luka-luka, yg mana kebiasaan banyak luka menyebabkn kematian"



maksudnya, makin banyak dosa yg kita buat, semakin hampir kita kepada kematian hati....
semakin lama semakin hanyut. dan penghujung nya adalah neraka.. :'(



 Peringatan ini adalah untuk diri saya sendiri. Doakan saya sentiasa berada dijalan yang benar dan diredhoi Allah.. Perjalanan yang semakin jauh ini .. sudah tentu semakin menghampiri distinasi. Mudah2an penghujung nya nanti tidak membawa bekalan dosa yang bertimbun...dan amalan jika pun ada jangan sampai muflis dihari kebangkitan nanti....

                                                      




Monday, November 11, 2013

Abu Anas Madani: Tazkirah Buat Teman di Facebook.

Abu Anas Madani: Tazkirah Buat Teman di Facebook.: SALING INGAT MEMPERINGATI KE ARAH KEBAIKAN DAN DENGAN KESABARAN . بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وأص...

Zaman globalisasi menguasai hidup kita kini, semuanya berada di hujung jari. Pelbagai nama diberi, dunia tanpa sempadan, zaman langit terbuka, dunia IT… Segalanya boleh di aksess dan tersebar dalam sekelip mata tanpa dan limit dan peraturan yang membatasinya. Sesiapa saja boleh meng-publish, upload, download, apa saja berita, cerita gambar, carta, dan sesiapa saja pula boleh membuka dan melihatnya.  

 Sekarang ada FB, twitter, instagram, we chat, whatsapp dan 1001 satu macam lagi  applications yang bertambah canggih dan tidak terikut. Seronoknya apabila terjumpa semula kekawan lama di alam maya, menjejak kasih bertanya khabar & bertukar cerita terkini, mengimbau kenangan silam, zaman remaja dan students yang indah dan tidak  mungkin berulang kembali. Boleh pula tengok foto terkini dengan anak-anaknya, rumahnya dan segala aktiviti yang ingin dikongsi.
Tetapi semuanya ada positif dan negatif, AWASLAH, jangan sampai kita lupa batasan hukum Syariah dan melanggar adab susila. Sebelum ini, tidak berapa lama dulu tersebar kes, “mangsa tagging”, semua orang bercakap tentang keburukan “tagging photos” sehingga terbuka segala aurat dan rahsia, hasil kerajinan kawan atau lawan. Gambar-gambar lama yang kita tidak suka dan tidak sesuai menjadi tatapan umum yang ajnabi, telah tersebar luas di alam maya tanpa sedar kita. Ini akibat hasil kerja orang lain…
(baca sampai habis...)

Tuesday, October 15, 2013

Pilu

Assalamualaikum.
selamat menyambut Hari Raya Korban

Kali ini saya beraya di kampung. Alhamdulillah, maka dapat bersama-sama adik beradik berkumpul. Masak dan kemas rumah bersama-sama. Namun satu sudut lagi ... Allah sahaja yang Maha Tahu akan perasaan saya. Sayu bila mengenagkan suami dan dua orang anak bujang saya terpaksa  beraya di rumah kami di Dungun .Memang sangat susah memilih dalam dua keadaan yang sama penting. Apapun ini lah pilihan yang telah berlaku. Esok saya akan pulang menemui mereka.

Pagi Lebaran yang sangat sayu dan pilu.. Allah bantulah saya dalam mengawal perasaan ini. Tenangkan perasaan dan kawal air mata ini dari tumpah kebumi... Sesungguh nya saya telah terlambat !!!! Janji saya untuk beraya bersama-sama bonda tidak kesampaian.. Entah beberapa kali tertunda dan masa itu tidak mungkin akan berulang lagi. Bonda tidak mungkin kembali...

Pagi tadi saya buka almari bonda, capai sehelai baju Kurung Kedah dan sehelai Kain Sarong Batik kepunyaan bonda.. Baju dan kain yang saya jahit sendiri untuk onda pakai semasa Hari Raya Puasa tahun lalu.. Masih elok dan berbau harum semerbak.. seharum tubuh bonda..

Bila saya keluar dari bilik abang saya memandang saya dengan mata berkaca..namun dibibirnya ada sekuntum senyuman,membuatkan saya seba salah. Maafkan saya abang, jika dipagi yang indah ini saya mengusik perasaan mu. Saya tahu ini pakaian kegemaran Allahyarham bonda. Baju inilah yang abang sering pakaikan buat bonda... tetapi saya sekadar ingin memakainya dan untuk hilangkan rindu dendam saya buat bonda...

Ahli keluarga tengah menikmati juadah yang saya masak .. Mee Kari dan Ketupat Nasi... Saya cuma tolong tumis-tumiskan sahaja.. sedangkan penyediaan bahan mereka gotong royong.

Setakat ini dahulu.. kita jumpa di Dungun.

#  Selesai sahaja menulis .... ada panggilan talipon menyatakan anak saudara kepada suami saya telah pergi menemui pencipta nya... Innalillahi wainnailahi Rojiun... Semoga roh dan jasad mu aman di dunia baru. ditempatkan bersama umat yang telah dijanjikan Syurga Nya... amin #


Friday, October 11, 2013

Erti sebuah pengorbanan...

Assalamualaikum Ingin sekali menulis dan luahkan apa yang tersirat... Namun masa dan  keupayaan saya sangat terbatas. Saat ini dada masih sakit walau batuk dan selsema  beransur kurang, Alhamdulillah . Mudah- mudahan demam ini cepat pergi..
Cuma mata belum bolih dipejamkan. Ingatan rindu pada ramai orang yang tersayang. Pengorbanan itu bukan sekadar kata-kata yang bermain dibibir. Tetapi ia perlu dilaksanakan.
Sudah lebih dua minggu saya tinggalkan suami dan anak-anak di rumah.. Memang berat rasa hati. Jika saat terima berita mak sakit pada hari itu dan suami tidak mencadangkan saya pulang kekampung dahulu, tidak tahu bagaimana keadaan saya jika terlewat dan tidak dapat memeluk dan melayan mak disaat mak memerlukan kami dan diakhir nafas mak...
Allah telah makbulkan doa-doa saya. Terima kasih buat suami kerana sangat memahami . Yang paling saya sayu .. Hari Raya Korban kali ini.. suami kena 'berkorban ' sekali lagi.. beraya tanpa saya dan  dua lagi anak kami. ( Dengan kebenaran dia dan semoga dengan izin Allah.. )
Saya ingin tulis tentang Allahyarham bonda.. terapi ada sesuatu yang telah lama bertakung di kelopak mata jatuh berderai...
Inshaallah bila saya sudah kembali ke Dungun, saya akan tulis lg .. susah nak tulis guna talipun.. saya juga rindu kan PC buruk saya...

Thursday, September 19, 2013

masa utk tidur..


Assalamualaikum
saja suka -suka buat tatapan anda sekalian.. 
anak-anak arnab ini baru nak masuk empat hari.. lahir pada  tengah hari.. 16 sept.. Hari Malaysia !!!
Hari ini dah mula tumbuh bulu-bulu halus.. 
Saya pisahkan dia dari induk nya ,buat sementara waktu sehingga dia  buka mata dan bolih berlari untuk dapatkan susu dari induk nya...
Induk arnab tidak seperti ibu kucing.. yg penyayang dengan anak-anak .. tahu bila anak dia haus atau lapar..
 anak-anak arnab akan menyusu sehari, cuma sekali ....  Waktu petang ,saya akan ambil induk dari reban dan bawa kepada anak-anak yang baru lahir ini..
sekarang masa mereka tidur.. wah !!! Pandai cari selimut sendiri tu...

Wednesday, August 21, 2013

Sibuk!!!!

Sibuk...sibuk... sibuk !!!!

Selamat menikmati kesibukan ... 
dalam sibuk-sibuk urus hal dunia
sulam-sulam kan lah juga untuk hari kemudian

Bila kaki langkah laju-laju
otak fikir macam-macam
sesekali tolih juga kebelakang
sesekali ingat-ingat lah masa lalu !!
entah-entah ada yang tertinggal ...  
entah senyum, entah khabar, entah nafkah
entah janji
dan...macam-macam 'entah'
terlupa dihulurkan...

Bila terasa sangat sibuk
agak-agak..
orang lain sibuk tak ? 
Atau kita seorang sahaja yang sibuk? 
Bila kita rasa tersentuh, marah, kecewa..
agak-agak..
orang lain punya perasaan sedemikian terhadap kita tak?
Hmmm... di dunia ini sebentar cuma
agak-agak
bagaimanakah kesudahan nya... 
bila kesibukan menguasai diri harap-harap
jumpalah apa yang dicari
mudah-mudahan
yang dikejar dapat, yang dikendong tak lari...  
( semua ini adalah peringatan untuk diri sendiri .. sebelum tergelincir dalam kesibukan )






Saturday, August 3, 2013

syawal 1434 h



Assalamualaikum. 
khas buat buat pembaca blog saya... 
semoga Aidul Fitri tahun ini diraikan dengan rasa kesyukuran. Jangan bersedih jika tidak dapat bersama dengan orang yang tersayang. Insyaallah dilain kesempatan ... yang sangat penting, jangan membazir serta jaga batas-batas pergaualan....



                                                                       Buat anakanda Norsyazana yang akan ber Hari Raya bersama keluarga mertua .. jangan sedih tau.. kerana mereka adalah keluarga kamu juga. Bagaimana lah agaknya kali pertama beraya tanpa kami ye.. Ibu percaya, kamu tidak akan sempat bersedih ...kerana mereka adalah diantara insan-insan yang terbaik dipilih Allah untuk berada disamping kamu berdua.. Percayalah. 
kepada anakanda Aiza....semoga kamu dapat mengawal perasaan bila beraya di sana ye... bila kamu sanggup korbankan perasaan untuk tidak beraya dengan kami, itu sudah cukup buat ibu terharu. Terima kasih kerana tunaikan harapan ibu dan nenda...  semoga nenda dan keluarga ibu dikampung gembira.. Insyaallah jika diizinkan Allah ibu akan menyusul .Semoga Allah perkenankan doa ibu untuk mendakap insan-insan yang ibu sayangi disana. 
Untuk anda yang akan memandu untuk perjalanan jauh.. cukupkan rehat terlebih dahulu.. berhati-hati bila memandu..ingat orang-orang yang tersayang sedang menunggu... Yang penting sekali, doa untuk bermusafir dan jangan lupa berhenti solat.... hmmm.




Thursday, July 25, 2013

Pesan dan doa...

Assalamu'alaikum,

Ramadan sudah lebih dari separuh kita lalui. Bagaimana  separuh yang telah kita tinggalkan? Adakah sudah berpuas hati atau sebalik nya? Jika belum.. buat lah apa yang sepatut nya.Hmmm...
Dikesempatan ini ,ingin saya kongsi apa yang terkandung didalam surah al - Ahqaf ayat 15.  Sangat menyentuh perasaan. Bayangkan semasa ayat tersebut dibaca... anda sebagai makmum manakala imam nya adalah putra anda... ataupun anda sebagai seorang putra dan di belakang anda adalah ibu bapa anda... Masya Allah !!!. Dan disaat itu  jemaah faham maksud ayat yang dibaca.. Dan sudah tentu... disaat itu juga tentu anda ampunkan pula dosa-dosa sianak kepada anda samaada yang anda sedar maupun tidak .

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). - (Al Ahqaf-15 )"
 Buat putra putri ibu, mungkin tiada apa yang ibu tinggalkan untuk kamu  apabila kami dijemput Nya kelak.. Harta benda atau pusaka jauh sekali...yang ada kita nikmati hari ini, belum tentu akan ada selama-lama nya.Tetapi ibu harap kamu semua akan sentiasa berada di JALAN YANG BENAR DAN LURUS . Walau banyak rintangan, istiqomahlah..Semoga apa yang kamu pelajari bermanafaat buat diri kamu dan orang lain dan semoga semua amalan yang kamu buat adalah amalan-amalan yang di terima Allah.



lot 8549 jalan kubur 
dungun                                                                 

Wednesday, July 17, 2013

Rindu ini

Assalamualaikum

 Sudah lebih seminggu kita menjalani ibadah puasa... Kesihatan bolih tahan juga didalam bulan Ramadan ini..Alhamdulillah. Mudah-mudahan ibadah puasa saya diterima Allah.. 

Ramadan kali ini berbeza  sedikit dengan tahun-tahun yang lalu. Sebelum ini anak-anak ada bersama-sama kami. Walau bukan sebulan penuh,namun bolih dikatakan lebih dari separuh Ramadan ada dihadapan mata... Kali ini masing-masing ada tugas tersendiri yang perlu diselesaikan. Apa pun ibu doakan kalian sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dan amalan-amalan lain, dengan sempurna.

Ramadan kali ini juga ingatan rindu saya pada emak di kampung semakin kuat. Dapat saya bayangkan bagaimana keadaan emak bila anak-anak tiada disamping.. Lebih-lebih lagi ayahanda telah lama pergi..  Saya sedang lalui perasaan itu emak. Namun ingatan rindu ini bukan untuk menyeksa jiwa. Ia adalah sebagai ingatan untuk saya agar sentiasa mengingati ayah bonda. Setiap kali rindu saya pada permata hati kami bertandang, setiap kali itulah doa akan saya panjatkan kehadrat Allah untuk ayahbonda. In shaa Allah.

Berbuka puasa tadi ,saya pakai lagi pinggan yang emak  kasi semasa saya mula-mula berumahtangga .. dari 6 biji, ada tinggal 4 biji sahaja lagi. Memang jarang saya guna, tetapi bila rindu, pinggan ini saya akan pakai. Setiap suap teringatkan emak..Sementara menunggu azan dilaungkan, saya sempat bayangkan bagaimana kami suatu waktu dahulu , bersila beramai-ramai . Manakala emak dan kakak-kakak saya,tidak kering tangan menyediakan juadah berbuka. Walau hanya sekadar berlaukan ikan dan sayur atau sedikit sambal...kami mengadap nya dengan penuh perasaan.. Kenangan itu akan sentiasa saya sematkan didalam hati..

kerana saya mula  mengerti emak...Sepinggan nasi putih akan terasa lebih nikmat bila dikelilingi orang tersayang...


  #Ya Allah, ampunilah dosa kedua orang tua ku.Kasihani lah mereka.. sebagaimana mereka mengasihi kami. . Terangi dan lapangkan lah kubur ayahanda ku.serta jauhkan lah azab kubur , tempatkan lah dia di dalam golongan para solihin, serta jauhkan lah mereka dari azab api neraka.. Amin#








Saturday, June 22, 2013

apa yang bertambah....................

Dalam meniti hari
ternyata yang bertambah 
hanya lah kiraan  usia
detik...minit..jam dan hari
silih berganti

Namun 
tiba masa nya ia akan berhenti di garis penamat
itu pasti !!!!!

Berapa ramai yang kecundang
sebelum tarikh itu tiba
'Jiwa'  mati sebelum ajal nya 
punya jasad tanpa ' rasa'
semuanya semakin berkurang
senyuman, bicara ,semangat dan perhatian

Hai jiwa yang kosong !!!
sesekali toleh   kebelakang
singkap semula diari lama 
yang penuh dengan janji yang belum lagi dikota
Terhadap insan  disekeliling mu.
Dan yang paling penting janji....
Terhadap Yang Maha Berkuasa.....





catatan dari;
 Lot 8549 jalan kubur, Sungai Udang


Friday, June 21, 2013

Yakin

  Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (As-sajda ayat 24 )

Tuesday, June 11, 2013

Nikmat

Assalamualaikum......

( mari kta kongsikan apa yg telah saya baca)...


Macam-macam nikmat Allah.
 Apa itu NIKMAT ?


1. Nikmat yang telah diperolihi dan seorang hamba mengetahuinya

2. Nikmat yang masih dinanti dan diharapkan.

3. Nikmat yang dialami sesaorang tetapi dia tidak sedar / tidak faham.                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

        ##  Apabila Allah mengkehendaki untuk memberikan nikmat secara lengkap kepada hamba Nya, maka dikenalkan nikmat yang ada, lalu diberikan nya dan bolih bersyukur kepada nya sebagai satu ikatan yang kukuh hingga nikmat tersebut tidak lenyap. Ia akan hilang dengan maksiat dan bolih dikendalikan dengan syukur.

         Setelah itu Allah memberikan taufik kepada sesaorang untuk melakukan perbuatan yang bolih menarik nikmat berikut nya, lalu ditujukan  kejalan yang membantu nya, dan memutus jalan nya, lalu diberikan taufik untuk menghindari nya. Tanpa disangka nikmat itu telah datang kepada nya dengan cara lebih sempurna lalu diberitahu dengan nikmat yang tidak menyedarinya padahal nikmat itu diterima nya....##


Disalin sepenuh nya dari buku diatas...pada muka surat 383

 . Ampun kan saya Ya Allah jika segala nikmat yang telah Kau berikan dan limpah kan kepada keluarga kami... kami sia-siakan...

Thursday, May 30, 2013

25 MAY dalam kenangan

Assalamualaikum
Mungkin belum terlambat  untuk saya ucapkan sekali lagi   ucapan diatas...
Semasa didalam dewan tidak berkesempatan untuk menyampaikan kepada kedua mempelai...  Yang sama cantik, sama padan. Bagai pinang di belah dua.

Majlis yang sangat meriah dan yang paling terkesan dihati saya ialah  perjumpaan saya dengan sahabat -sahabat ( rekrut pengambilan 142/80 ). Riuh rendah dewan dengan suara kami yang saling bertanya khabar dan sebagainya. Ada juga  yang saya tidak  ingat nama ,walau iras wajah seperti pernah lihat..( betul tak ayat ni...) ..... maklum telah hampir 30 tahun tidak pernah berjumpa lagi selepas Perbarisan Tamat Latihan... 




di sebelah gambar tuan rumah ... 
seperti dahulu , senyuman yang manis  dan suaminya En Sham











ini pula sebahagian dari intake 142/80

Shamsiah, Hjh Noor Rubaya, saya , Zaiton, Siti Aziah , Lt (B) Zaharah, Fatimah, Shima Dali,Hjh Norhashimah, Habibah, Faliza ,Basariah dan Norzila .





Buat sahabat- sahabat sekalaian...

Kalau ada sumur di ladang,
bolih kita menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang;
Inshaa Allah , bolih kita bertemu lagi.
 

Wednesday, May 22, 2013

Sahabat... Tunggu kami

                   
                    Assalamualaikum


 Semoga dapat bertemu sahabat-sahabat yang telah lama terpisah sekian lama di majlis ini.   Agar dapat menjalin semula tali ukhwah yang telah lama terputus.... 




Sunday, May 12, 2013

kau segala nya


 kau segala nya..

saya menjadi isteri kerana kau menyunting...
sentiasa ada di samping
waktu saya suka maupun duka
dan
saya bergelar ibu kerana hadiah ini
permata hati yang tidak mungkin hilang seri nya
sehingga saya berada di alam sana


Terima kasih suami ku
dan segala kesyukuran saya panjatkan ke hadrat  NYA
kerana ditakdirkan
menjadi  isteri mu
dan IBU
kepada anak-anak mu

 

Thursday, May 2, 2013

Bila bersedih, berdoalah...

Assalamualaikum..
Suasana PRU tengah hangat sekarang.. Perang bendera, bukan main lagi. Poster ada dimana-mana. Setiap hari ada sahaja saya terima mesej pesanan ringkas. Ada dari parti A dan ada yg berpihak pada parti B.. Dari calon pun ada.. ada yg saya jawab dan ada juga yang di simpan untuk kenang-kenangan.... kadang-kadang  bila waktu senggang, saya baca berulang kali... sambil tersenyum...  Hmmm biarlah .. kalau begitu tuntutan yang dinamakan "demokrasi'... saya tidak berani nak berbicara lanjut.. biar mereka yang layak berbicara. Pilihan telah tetap, namun semua itu bolih bertukar disaat akhir... semua nya dengan izin Allah..

Sebenar nya saya ingin berkongsi sedikit kandungan buku yang dihadiahkan olih anak saya semasa dia pulang bercuti baru-baru ini...
didalam buku diatas terdapat sebanyak 135 tajuk kecil... kali ini saya ingin salin sedikit pada tajuk; ''APA YANG HARUS DILAKUKANBAGI ORANG YANG SEDIH'' . 
Antara nya : Rasulullah S.A.W bersabda :

 Setiap hamba yang ditimpa kesedihan atau kesusahan, lalu membaca doa seperti berikut :
Ya Allah, sesungguhnya aku ada lah hamba-Mu,anak hamba -Mu (adam) dan anak hamba perempuan -Mu (anak Hawa) yang ubun-ubun ku ada ditangan -MU. segala hukum- Mu (keputusan - Mu) berjalan kepada ku, takdir - Mu adil buat ku. Aku bermohon kepada - Mu dengan seluruh nama yang menjadi milik- Mu yang telah Engkau namakan diri Mu dengan nya, atau yang telah Engkau ajarakan kepada salah satu makhluk- Mu ( Rasulullah), atau yang telah Engkau pilih dalam ilmu ghaib di sisi - Mu; semoga Engkau jadikan Al Quran ini sebagai penenang hati ku dan penghilang bagi keresahan yang tengah aku alami, kecuali Allah akan menghilangkankesedihan nya, lalu diganti dengan kegembiraan

Kemudian mereka ( para asahabat yang hadir kala itu)  bertanya :
" Wahai Rasulullah, apakah kita tidak dapat mempelajari nya ?"
Rasulullah menjawab dan bersabda:
" Ya, layak sekali,kiranya bagi orang yang mendengarkan hadis ini ,untuk mempelajari nya"
- HR Imam Ahmad


 Apabila ingin berdoa disaat kita didalam situasi demikian..., sesaorang yang berdoa itu mulai doa dengan kalimat:
- Sesungguh nya aku adalah hamba -Mu, anak hamba -Mu, anak hamba perempuan  Mu..


 Jika ada kesempatan dan berjalan ke toko-toko buku... silalah cari buku diatas.. Anda bolih rujuk dan baca  hingga habis.  Mungkin petikan saya ada yang tercicir dimana-mana.. saya mohon keampunan dari Allah... dan anda bolih perbetulkan jika sudi..  

Akhir sekali saya ingin memetik :
   Allah Subhanahu Wa Taala juga berfirman :
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;  ( Al Furqan ayat 63)




Friday, April 12, 2013

masih kah ada waktu ?

 Assalamualaikum..
 Sudah lama tidak conteng-conteng.. Kebelakangan ini saya jarang dapat duduk untuk menulis. Hari ini ingin menulis sesuatu didada BAKAWALi ...  Beberapa hari ini kita dikejutkan dengan berita kenakalan remaja yang masih bersekolah.. Masaalah buli ada dimana-mana. Ada yang diketahui ramai dan sudah tentu masih yang disorokan dari pengetahuan umum.. Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bermasaalah , bersabarlah. Cuba cari jalan agar keadaan anak-anak dapat diselamatkan. Buat ibu bapa yang merasa anak-anak mereka sempurna akhlak dan pendidikan pula, jangan sewenang-wenang menuding jari dan mengata nista . Ingatlah langit tidak selalu cerah, dugaan Allah itu datang dalam pelbagai bentuk dan cara.

Disini ingin saya nukilkan sesuatu buat anak-anak yang sudah 'tergelincir' dan semoga Allah membuka dan memberi hidayah kepada mereka.


 Berapa lama lagikah nur iman akan terpancar di wajah mu
Atau akan terus hanyut berkejar dengan waktu dan tiada hala tuju ......?

Kala bibir orang tua mu melafaskan  kalimah terakhir...

Akan sempatkah melihat wajah kamu dibasahi wudhuk yang dingin dan melihat dahi kamu di sejadah ?

Wisil penamat hampir tiba.. saat mereka rebah kebumi kian menghampiri.

Andai tiba saat itu nanti, bisakah kamu membuatkan orang tua kamu tersenyum dan merapatkan mata dengan tenang ?

Linangan dan deraian air mata  penyesalan apakan masih berguna lagi saat itu ?

Insaflah sebelum terlambat.



Sunday, March 10, 2013

Jangan Marah! Jangan Marah! (Ustaz Halim Hassan)

Beriman kepada Allah dan mengharap apa yang akan Allah akan berikan selepas ujian.
Bersabarlah. Janji Allah itu pasti.
Mari kita hayati video ini hinga habis.
Banyak panduan buat kita yang sering alpa.
Untuk anak-anak ku sayang,
Bayangkan ini ada lah sebahagian dari bait-bait kata yang ibu luah kan.
Walaupun, mana mungkin....
Ibu pun masih tercari-cari dan masih belajar di alam maya ini.
Kalau panjang sangat, sambung lain kali...


Sunday, February 17, 2013

akmal.. senyum lah

Assalamualaikum

Anak bongsu dah nak balik  semula ke Tanjung Malim
sunyi lah semula rumah ni..
kali ini dia cuti cuma 1 bulan
rasa seperti 1 minggu.
sebentar lg bas akan bergerak....




hari-hari duduk lepak-lepak kat rumah sahaja
main-main dengan hemster


 (taro)

gurau-gurau dengan kucing




sikat rambut arnab
kasi arnab makan
basuh reban arnab

Hmmm... seminngu kebelakangan ini dia menjadi murung.
semua dibuat serba tidak kena
menangis berhari-hari
tetapi tetap tolong saya didapur
bergegas kekedai bila ayah minta pertolongan untuk membantu di kedai..
senyum tetap terukir bila lihat wajah saya..
bila ayah minta urut kaki...
dia bersimpuh dilantai
tarik-tarik jari ayah... picit-picit tapak kaki
hingga ayah lena..  

 
sedih nya ..... ini semua kerana kesayangan dia mati
Taro mati....
anak kucing mati... :(


namun.... semalam dia tersenyum semula
arnab  melahirkan 3 ekor anak
  
jangan menangis lagi
anak ku sayang...
senyumlah
disana banyak tugas dan tanggungjawab menanti mu
ibu akan sentiasa berdoa dan merestui mu...  



ibu mu,
lot 8549, jalan kubur
sg udang...
1042 malam... 
  
 







Friday, January 25, 2013

Detik, Demi Detik

Januari sudah hampir kepenghujung nya...... masa semakin  cepat berlari. Saya masih disini, seperti dahulu. Dari pagi hingga kepagi semula... Perjalanan hidup tetap sama.. merugi kah   Saya ?. Yang pasti terlalu banyak yang saya harap dan usahakan. Mudah-mudahan Allah akan perkenankan. Semakin masa berlalu,  kian  hampir kita ke destinasi nya. Dunia ini hanya lah tempat persinggahan untuk kita menuju  ke akhirat. maka apakah bekalan yang sempat saya kutip..Terasa diri amat berkurang dalam segala hal. Ya Allah , sesungguh nya saya tidak takut jika kemiskinan mendekati  kami. Namun saya sangat takut, jika dunia ini akan melalaikan kami. Bimbingi lah kami agar sentiasa berada di jalan Mu






"jangan lah mencari keredoan manusia dengan kemurkaan Allah. Sebaliknya, carilah keredoan Allah, walau dibenci manusia ... Rasa takut dengan azab Allah, hendaklah diikuti dengan rasa berharap dan jangan berputus asa dengan Rahmat dan pengampunan dari Allah..."



Mudah-mudahan ungkapan diatas dapat membantu saya dan anda yang sudi...untuk menghayati nya..


lot 8549, kg sungai udang

Sunday, January 6, 2013

Cetusan rasa.....

Alhamdulillah kita dah berada diawal tahun. Bagi saya tahun lalu memang banyak kenangan.Malah kenangan yg mengusik jiwa pun banyak sekali... Duduk di waktu  petang seorang diri, apa lagi yang dapat saya buat.  Sunyi ,sepi, kelam, bungkam.... wah,wah wah... anda misti ingat yang bukan-bukan kan ? Tidak lah sepi sangat, hehehe... Hajat dihati nak turun ketanah bersihkan sedikit lagi sisa pohon-pohon tebu yang telah saya tebang kerana telah menyembah bumi ketika hujan turun tidak berhenti-henti dua minggu lalu.


Kebetulan waktu kejadian , saya berada di kampung. ( Seminggu di sana untuk menghadiri majlis pernikahan anak saudara dan menjenguk bonda tersayang... )  Ikan-ikan kesayangan saya pun habissssss semua mati. Syukur juga masa saya pulang, arnab-arnab dan kucing sihat walafiat. !!!

Hari ini tidak hujan., sudah tiga hari panas.... ingin berjalan, kemana nak pergi ? Sudah hampir 14 tahun saya bermastautin di daerah ini, namun masih lagi terasa asing.... Dunia saya ada lah rumah saya.... Kalau berjalan jauh dan paling teruja ialah.. BALIK KAMPUNG   Tidak kiralah, saorang atau dengan keluarga. Kalau diikutkan hati ingin rasanya saya duduk dikampung sahaja. merawat bonda dan menganyam waktu hingga akhir hayat. Namun , mana mungkin itu terjadi.... saya wajib berada disisi suami dan anak-anak...kewajipan saya disini.






Lautan indah yang terbentang luas ini pun amat jarang saya jejaki. Dahulu, semasa saya berada di kampung ingin sekali rasa nya berjalan-jalan di waktu pagi melihat matahari terbit.... burung terbang riang didada langit.... (itu dulu.. waktu masih muda lagi... hahhh ) Namun bila sudah berada berdekatan, keinginan untuk kesana , tidaklah seperti dahulu. Bila ditanya tempat manakah yang paling membahagiakan saya ? Tentu sekali rumah sendiri dan kampung halaman...

 Hari sudah merangkak senja, waktu ini selalu nya saya tidak suka duduk sendiri. Waktu yang singkat ini terpaksa saya sibukkan diri buat sesuatu sehingga waktu maghrib menjelma. Jika tidak... waktu inilah kenangan-kenangan lalu akan datang silih berganti.... yang pasti, dan tidak mungkin luput dalam ingatan ( Ya Allah, jangan hilangkan kenangan itu ) ialah permata hati kami yang berada jauh dan dekat. Saat mereka masih merah hingga dewasa.. juga Allahyarham ayah dan emak..... 

Jadi.... nampak nya tidak jadilah berkemas diluar, hari pun da nak malam.... buka lampu dan bersiap-siap untuk tunaikan kewajipan... Semoga tahun ini ,setiap langkah,tuturkata dan apa asahaja yang saya lakukan... diberkati Allah azawajalla dan dimakbulkan segala doa doa.... Insyaallah.

Pelik kah wanita ini
saat duka,resah, gelisah
air mata mengalir membasahi pipi
saat gembira, suka, bahagia
air mata yang sama membasahi riba....
Ya, Allah
jangan hilangkan air mata ini
aku amat memerlukan nya
terutama untuk membasahi jiwa saat aku 
mengadap Mu....


Lot 8549
kg Sg Udang..