Thursday, July 25, 2013

Pesan dan doa...

Assalamu'alaikum,

Ramadan sudah lebih dari separuh kita lalui. Bagaimana  separuh yang telah kita tinggalkan? Adakah sudah berpuas hati atau sebalik nya? Jika belum.. buat lah apa yang sepatut nya.Hmmm...
Dikesempatan ini ,ingin saya kongsi apa yang terkandung didalam surah al - Ahqaf ayat 15.  Sangat menyentuh perasaan. Bayangkan semasa ayat tersebut dibaca... anda sebagai makmum manakala imam nya adalah putra anda... ataupun anda sebagai seorang putra dan di belakang anda adalah ibu bapa anda... Masya Allah !!!. Dan disaat itu  jemaah faham maksud ayat yang dibaca.. Dan sudah tentu... disaat itu juga tentu anda ampunkan pula dosa-dosa sianak kepada anda samaada yang anda sedar maupun tidak .

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). - (Al Ahqaf-15 )"
 Buat putra putri ibu, mungkin tiada apa yang ibu tinggalkan untuk kamu  apabila kami dijemput Nya kelak.. Harta benda atau pusaka jauh sekali...yang ada kita nikmati hari ini, belum tentu akan ada selama-lama nya.Tetapi ibu harap kamu semua akan sentiasa berada di JALAN YANG BENAR DAN LURUS . Walau banyak rintangan, istiqomahlah..Semoga apa yang kamu pelajari bermanafaat buat diri kamu dan orang lain dan semoga semua amalan yang kamu buat adalah amalan-amalan yang di terima Allah.



lot 8549 jalan kubur 
dungun                                                                 

Wednesday, July 17, 2013

Rindu ini

Assalamualaikum

 Sudah lebih seminggu kita menjalani ibadah puasa... Kesihatan bolih tahan juga didalam bulan Ramadan ini..Alhamdulillah. Mudah-mudahan ibadah puasa saya diterima Allah.. 

Ramadan kali ini berbeza  sedikit dengan tahun-tahun yang lalu. Sebelum ini anak-anak ada bersama-sama kami. Walau bukan sebulan penuh,namun bolih dikatakan lebih dari separuh Ramadan ada dihadapan mata... Kali ini masing-masing ada tugas tersendiri yang perlu diselesaikan. Apa pun ibu doakan kalian sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dan amalan-amalan lain, dengan sempurna.

Ramadan kali ini juga ingatan rindu saya pada emak di kampung semakin kuat. Dapat saya bayangkan bagaimana keadaan emak bila anak-anak tiada disamping.. Lebih-lebih lagi ayahanda telah lama pergi..  Saya sedang lalui perasaan itu emak. Namun ingatan rindu ini bukan untuk menyeksa jiwa. Ia adalah sebagai ingatan untuk saya agar sentiasa mengingati ayah bonda. Setiap kali rindu saya pada permata hati kami bertandang, setiap kali itulah doa akan saya panjatkan kehadrat Allah untuk ayahbonda. In shaa Allah.

Berbuka puasa tadi ,saya pakai lagi pinggan yang emak  kasi semasa saya mula-mula berumahtangga .. dari 6 biji, ada tinggal 4 biji sahaja lagi. Memang jarang saya guna, tetapi bila rindu, pinggan ini saya akan pakai. Setiap suap teringatkan emak..Sementara menunggu azan dilaungkan, saya sempat bayangkan bagaimana kami suatu waktu dahulu , bersila beramai-ramai . Manakala emak dan kakak-kakak saya,tidak kering tangan menyediakan juadah berbuka. Walau hanya sekadar berlaukan ikan dan sayur atau sedikit sambal...kami mengadap nya dengan penuh perasaan.. Kenangan itu akan sentiasa saya sematkan didalam hati..

kerana saya mula  mengerti emak...Sepinggan nasi putih akan terasa lebih nikmat bila dikelilingi orang tersayang...


  #Ya Allah, ampunilah dosa kedua orang tua ku.Kasihani lah mereka.. sebagaimana mereka mengasihi kami. . Terangi dan lapangkan lah kubur ayahanda ku.serta jauhkan lah azab kubur , tempatkan lah dia di dalam golongan para solihin, serta jauhkan lah mereka dari azab api neraka.. Amin#