Tuesday, December 31, 2013

AKU ..semalam dan esok ..




 

Ya Allah, tuntun lah aku
kawal tutur kata dan pegangan
jauhkan aku dari
hamba-hamba Mu yang munafik !!!



Ya Allah,
Hindarkan aku dari
orang yang bercakap lunak tentang agama Mu
tetapi tetap bangga dengan dosa yang mereka lakukan!!!
jauhkan aku Ya Rabb..dari kejahatan diri ku
dan kejahatan orang-orang disekeliling ku
juga dari mereka yang bermuka-muka
pepat diluar tetapi rencong didalam !!! 



Ya Allah, sesungguhnya
aku berlindung kepada Mu
dari tipudaya syaitan dan insan-insan pendusta
berikan aku kebajikan dan keselamatan 
(dalam agama,dunia dan keluarga )

Ya Allah Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan nyata
selamatkan lah aku dari penyakit dan maksiat
atau sesuatu yang tidak aku inginkan...
jauhkan aku juga Ya Allah dari kekufuran dan kefakiran.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Aku tidak ingin lupa kan semalam ... juga tidak sabar menanti esok..!!! 












Tuesday, December 10, 2013

hujan dan kenangan itu...

Hujan turun lagi , dari dinihari hingga sekarang belum ada tanda akan berhenti. Sejuk nya bukan kepalang. Pagi ini tiada kedengaran bunyi deru ombak yang kuat dimusim tengkujuh. mungkin kerana  bunyi hujan yang mencurah menimpa bumi.....

Tidak tahu nak buat apa pagi ini,. nak buat sarapan , awal lagi . Nampak semua orang tarik selimut semula .... kesejukan mungkin . Saya kalau dah mula tarik selimut... memang tidak jadi kerja lah agak nya nanti.. Maka, duduk dihadapan komputer... belek apa yang patut. Lihat gambar-gambar mangsa banjir... banjir sana sini... paras air sungai semakin meningkat... Mudah-mudahan dugaan yang Allah turunkan di musim tengkujuh kali ini dapat menginsafkan kita... banyak yang tersirat disebalik yang telah menjadi suratan dengan turun nya hujan tanpa henti ini...




( dalam keadaan apa pun ... tiang agama wajib didrikan )   







Tidak dapat saya bayangkan jika saya berada didalam situasi diatas. Mudah-mudahan mangsa-mangsa banjir dan mereka yang terlibat dalam kerja-kerja untuk menyelamat dan menghulurkan apa sahaja bantuan , berjalan dengan lancar dan semoga Allah lindungi anda semua. 

Dan disini juga ingin saya kongsi tentang perasaan.... Dari malam sabtu lagi saya tunggu jika ada kawan-kawan saya kongsikan cerita atau gambar-gambar tentang hari bersejarah ... Mereka berkumpul setelah sekian lama terpisah.. Ada yang terpisah setelah latihan asas rekrut tamat dan ada juga setelah mereka bersara atau berhenti dari perkidmatan  TLDM....

Air mata belinang bila lihat sahabat berkumpul dan bergambar. Terbayang kenangan lama. Kisah semasa kita mula memijakkan kaki di KD PELANDOK... suka dan duka silih berganti... Saya lihat gambar sahabat-sahabat saya satu persatu... hanya beberapa orang sahaja yg saya kenal itupun kami jumpa semasa majlis perkahwinan anak sahabat kami di Batu Pahat.. Yang Laskarnita masih saya kenali lagi wajah-wajah mereka... Alhamdulillah. 

Namun walau saya tidak ingat nama mereka, saya pasti dan yakin mereka adalah diantara insan-insan yang patut saya kenang kerana mereka adalah sebahagian dari MEMORI HIDUP SAYA...  Saya doakan mereka semua sentiasa berbahagia di samping keluarga tersayang , sihat sejahtera dan sentiasa didalam petunjuk Allah.



       

( 2 keping gambar ini saya ambil dari FB sahabat... tk  )


                     


Mudah-mudahan dilain kesempatan Allah takdirkan saya dapat bersama-sama kalian.